Monday, March 9, 2009

IT: Remaja lebih percaya online

KAJIAN Persatuan GSM (GSMA) dan Persatuan Institut Kajian Mudahalih NTT DOCOMO (Jepun) dengan sokongan KT Freetel (Korea) mendapati ada ‘Network effect’ di kalangan remaja iaitu mereka akan mula menggunakan telefon bimbit apabila tiga daripada rakan mereka sudah memilikinya.Remaja yang selalu menggunakan telefon bimbit menunjukkan kadar kepercayaan lebih terhadap media online. Mereka juga lebih banyak menggunakan SMS, MMS dan mencapai data berbanding perbualan suara.
Kajian pertama seumpamanya pernah diadakan membabitkan 6,000 kanak-kanak pelbagai usia untuk membandingkan penggunaan telefon bimbit oleh mereka, meliputi lima negara iaitu Jepun, Korea, China, India dan Mexico. Bagaimanapun, kajian itu mendapati 60 peratus daripada ibu bapa menyatakan kebimbangan kerana mereka kadang-kadang dianggap keterlaluan dengan telefon bimbit masing-masing.Berdasarkan kajian, remaja dan kanak-kanak tidak begitu mengambil berat berkenaan model atau jenama telefon bimbit yang digunakan, sebaliknya mementingkan kemudahan terdapat di dalam telefon bimbit itu. Pemilikan telefon bimbit juga berkait rapat dengan jantina, umur, dan jumlah pendapatan sesebuah keluarga. Ibu bapa turut berpendapat guru adalah antara individu patut memainkan peranan memberikan penjelasan kepada remaja dan kanak-kanak mengenai penggunaan telefon bimbit yang lebih berhemah.Di Korea, subjek Literasi Telefon Mudah-alih sudah diperkenalkan dan dapat mengurangkan kerisauan ibu bapa terhadap kesan penggunaan telefon bimbit oleh anak mereka.Sementara di negara Jepun, telefon bimbit banyak digunakan oleh kanak-kanak sebagai kemudahan

No comments: